Latihan Keusahawanan Siri 2 : Apa Yang Perlu Dibuat Dengan Facebook Ads?
30 Julai 2017 | Aktiviti Terkini29 Julai 2017 ( Sabtu) – Kursus Latihan Keusahawanan Siri 2 telah pun dijalankan di bilik latihan Pusat Internet Piasau Utara. Kursus tersebut adalah merupakan kursus kesinambungan dari Kursus Latihan Keusahawanan Siri 1.
Latihan tersebut telah dihadiri oleh beberapa ahli komuniti Piasau Utara dan juga merupakan ahli Pusat Internet 1 Malaysia Piasau yang terdiri dari usahawan dan juga belia kampung. Seramai 5 orang ahli yang mengikuti program ini.
Kursus latihan pada kali ini memberi pendedahan serta asas pengiklanan di dalam media sosial Facebook. Turut didedahkan semasa kursus ini adalah berkaitan advokasi dan peranan ahli dan komuniti dalam menangani masalah penyalahgunaan ICT dan peralatan komunikasi oleh kanak-kanak dan juga remaja di peringkat sekolah. Ini adalah bertujuan untuk memberi pendidikan kepenggunaan ICT supaya mereka tutut serta dalam mencegah anasir-anasir negative yang diperoleh di dalam media social.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: