Keusahawanan
Warung Makanan & Minuman
Encik Bohari Bin Ichi adalah merupakan seorang pengusaha warung makanan dan minuman di Kampung Piasau Utara. Warung beliau dikenali dengan nama Warung BJ’s. Setiap hari warung ini dibuka seawal pagi mulai jam 07.00 a.m – 02.00 p.m . Warung BJ’s terletak berhampiran dan bersebelahan dengan Pasar Ikan Piasau Utara. Setiap hari pengunjung ramai dan memenuhi ruang meja warung BJ’s untuk menikmati juadah sarapan pagi di sini. Di antara juadah yang menjadi tarikan adalah Roti Canai. Inilah yang menarik perhatian pelanggan datang pagi bersarapan di sini dan disamping itu mereka juga dapat membeli hasil laut yang segar di Pasar Ikan Piasau Utara. Selain daripada itu, Warung BJ’s juga menyediakan khidmat katering makanan. Tidak dinafikan bahawa khidmat catering Warung BJ’s sangat dikenali oleh warga setempat kerana caj servis yang berpatutan dan masakan katering yang sungguh sedap. Bagi yang berminat untuk mendapatkan servis katering dari Warung BJ’s, anda boleh menghubungi Encik Bohari Bin Ichi di nombor 012-8363337.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Warung Pulau Kafe
Pengusaha Warung Pulau Kafe yang mahu dikenali sebagai Cik Keling (Bukan nama sebenar) telah mengusahakan restoran atau warung di Pulau Melayu. Warung beliau sangat dikenali orang kebanyakan penduduk di Miri dengan hidangan Mee Jawa yang sangat sedap. Walaupun warung tersebut bukan berada di Piasau tetapi ianya merupakan kawasan yang sangat berhampiran dengan Piasau Utara. Dan ianya menjadi kebanggaan seluruh warga setempat di Piasau dan Pulau Melayu di Miri. Tidak hairanlah bahawa warung ini sering penuh di hari-hari bekerja. Pelanggan-pelanggan Cik Keling terdiri daripada golongan professional yang bekerja di Shell dan Petronas selain dari penduduk warga setempat. Sekiranya anda ingin menempah atau bertanya lanjut mengenai warung ini bolehlah menghubungi Cik Keling di nombor 014-6964010 (Cik Keling).
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Azizah Silver Homemade
Puan Dayang Azizah Binti Bakar adalah merupakan salah seorang usahawan wanita di Piasau. Beliau berumur 43 tahun dan menjalankan perniagaan pelbagai aneka seperti homemade kek lapis, kek continental, biskut aneka macam, dan lain-lain lagi. Selain itu, beliau juga merupakan agen beberapa produk bumiputera lain di Miri. Perniagaan beliau bermula sejak tahun 2004 sehingga sekarang.
Semangat beliau sebagai seorang usahawan perlu dicontohi dan perllu diikuti. Bagi sesiapa yang ingin mengikuti perkembangan perniagaan beliau bolehlah melawati laman FACEBOOK beliau iaitu https://www.facebook.com/syuhadah.silver. Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai anda boleh juga menghubngi beliau di nombor 014-8520480 (Puan Azizah).
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Puan Corina Lim (Pengusaha Kek & Bun)
Adalah merupakan seorang pengusaha perniagaan kecil-kecilan iaitu kek bajet dan aneka bun. Beliau memulakan perniagaan ini sejak umur 15 tahun bersama kakak selepas berkahwin, beliau mulakan bisness dengan membuat jualan seperti masakan, biskut kuih muih, roti dan tempahan kek.
Menurut Beliau sebelum penggunaan ICT, beliau berjual secara offline. Beliau berjual di pasar tamu dan dari rumah ke rumah. Kadang-kadang juga customer self-collect ke rumah. Selepas penggunaan ICT, perniagaan beliau semakin berkembang. Beliau lebih dikenali dan banyak tempahan. Dari situ, beliau lebih berminat nak tambah lagi pendapatan dan sekarang beliau nak kongsikan ilmu beliau dengan mengajar dalam kelas Roti Bun dan kek viral kepada yang sudi menerima ajaran daripada beliau. Beliau berharap agar pihak wanita diluar sana sentiasa berminat dalam pembuatan kek dan bun ini supaya ia dapat dijadikan income sampingan buat diri sendiri ataupun keluarga.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Encik Justin Kana (Justin Bekam & Urutan Tradisional)
Merupakan usahawan kecil-kecilan dalam bidang berbekamdan urutan tradisonal ini. Beliau memulakan perniagaan ini semenjak beliau berkerja di tempat urut di shopping mall (Imperial mall) dan dari itu beliau menjadikan tempat kerja beliau sebagai asas permulaan perniagaan kecil-kecilan dan dari situ beliau mendapatkan ilmu cara urutan yang betul dan asas bekaman badan. Beliau menjalankan aktiviti ini di rumah beliau sendiri. Terdapat pelbagai jenis urutan yang beliau lakukan dan mengikuti permintaan pelanggan setia beliau. Beliau sangat berpuas hati dengan perniagaan beliau kerana semakin hari pelanggan dan permintaan beliau semakin berkembang. Ada juga pelanggan menggunakan khidmatan iaitu repeat order.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Puan Pauline Balan (Kraftangan Sarawak)
Puan Pauline merupakan seorang ahli perniagaan berasaskan produk dan perkhidmatan iaitu kraftangan tempatan. Beliau bergiat aktif dalam bidang ini selama 5 tahun. Sebelum ini Puan Pauline seorang guru disekolah rendah dan bersara awal kerana suami beliau menyambung pelajaran ke luar negara dan beliau turut mengikuti suami beliau ke luar negara. Setelah suami beliau tamat pelajaran di luar negara, beliau mula membuka shoplot di Handicraft Miri Center sehingga sekarang. Pada yang sama, pada sebelah malam pula, beliau dan suami telah membuka pusat tuisyen di rumah mereka sebagai pendapatan sampingan sehingga kini.
Pada awalnya, beliau belum lagi menggunakan sebarang media sosial sebagai mengiklankan produk/ jualan beliau. Kerana beliau ketika itu, beliau lebih suka bahawa pelanggan datang sendiri ke tempat jualan beliau dan membeli barangan disitu.
Setelah bergiat berniaga, beliau telah memberanikan diri untuk memasuki ke dalam media sosial untuk sebagai langkah pertama beliau untuk memperkenalkan produk/perkhdimatan beliau supaya dengan ada facebook ini orang luar dikawasan Miri atau Sarawak lebih mengetahui jualan yang telah beliau usahakan. Walaupun agak sukar bagi beliau pada awalnya, kerana perlu membuka facebook setiap masa tapi kini beliau memiliki pembantu untuk memantau facebook.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Puan Mazidah Bt Azmi (Kerepek)
Beliau seorang usahawan makanan kering iaitu aneka kerepek. Beliau berumur 45 tahun dan sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Beliau juga telah berhenti bekerja pada tahun 2015 dan melibatkan diri dalam perniagaan kerepek secara kecil-kecilan sehingga kini. Sebelum adanya penggunaan ICT, beliau secara jujur tidak tahu cara hendak mereka/melakar sticker produk, tidak mengetahui cara memasarkan perjualan dengan cepat dan mudah.
Setelah adanya penggunaa ICT, beliau serba sedikit tahu mengenai cara membuat sticker jualan dengan menggunakan rujukan di youtube dan sebagainya. Selain itu juga, beliau telah mengetahui cara membuat video untuk presentation jualan, membuat jadual kalender, marketing yang menggunakan whatsap dan facebook.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Keusahawanan
Puan Nurul Annisa (Pengusaha Event Planner)
Puan Nurul Annisa merupakan usahawan kecil-kecilan dan merupakan usahawan contoh bagi PEDi Piasau Utara. Beliau merupakan usahawan atau perniaga yang menyediakan perkhidmatan seperti bouquet bunga untuk hari jadi, konvokesyen dan apa-apa event, Beliau juga ada menyediakan perkhidmatan lain seperti Birthday Party, Anniversary Dinner, Graduation/Farewell, Family Day & Other Occasion.
Bagi yang berminat dengan perkhidmatan yang disediakan, beliau mengiklankan perniagaan beliau di media social seperti facebook iaitu SoulmateLittle E. Myy dan Intagram iaitu Soulmate Little Events. Bagi yang berkenaan dengan hasil beliau, anda boleh merujuk media social beliau._________________________________________________________________________________________________________________________________________
Keusahawanan
Puan Roselind Ak Ngali (Pengusaha Kraftangan Sugu Tinggi Iban)
Puan Roselind Ngali,55 tahun merupakan seorang usahawan Kraftangan serta tenaga pengajar pembuatan sugu tinggi dan manik burik. Beliau yang mula mengajar membuat sugu tinggi sejak tahun 2017 berharap dengan kursus itu akan melahirkan lebih ramai yang mahir membuat sugu tinggi agar ia tidak pupus ditelan zaman. Beliau memiliki agensi yang diberi nama iaitu Mitz Agency.
Beliau menyatakan bahawa pembuatan kraftangan mampu mempertahankan warisan kebudayaan serta pembuatan kraftangan memainkan peranan yang signifikan dalam pelestarian warisan budaya, mempromosikan identiti budaya sebuah komuniti, menyokong ekonomi tempatan dengan menggalakkan industri kreatif serta menyumbang kepada pembangunan sosial dan ekonomi masyarakat tempatan melalui pembelajaran dan peluang pekerjaan