Pendidikan
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Permaisuri Miri, Piasau
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Permaisuri adalah merupakan sekolah menengah kerajaan yang terdekat di kawasan Piasau Miri, Sarawak. Pada awalnya, sekolah ini dinamakan sebagai Sekolah Menengah Kerajaan Bahasa Malaysia.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Permaisuri memiliki 931 pelajar lelaki dan 892 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1823 orang. Ia mempunyai seramai 117 orang guru dan ianya dijangka meningkat dari masa ke semasa.
Sekolah Kebangsaan Anchi Miri, Piasau
Sekolah Kebangsaan Anchi Miri merupakan sekolah rendah kerajaan yang terletak di Piasau Miri. Sekolah ini merupakan antara sekolah utama bagi penduduk kawasan Piasau untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Anchi memiliki 597 pelajar lelaki dan 499 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1096 orang. Ia mempunyai seramai 62 orang guru dan ianya dijangka akan meningkat dari masa ke semasa.
Secara amnya, sumbangan dan jasa kedua-dua sekolah ini dalam menyebarkan ilmu kepada anak-anak penduduk setempat terutamanya di Piasau tidak dapat dinafikan dan lebih-lebih lagi kedua-dua sekolah ini adalah merupakan sekolah terawal yang dibina di Miri.