English empowerment and Advocacy
16 April 2017 | Aktiviti TerkiniKelas Bahasa Inggeris dan Advokasi telah diadakan pada 15 april 2017 bersamaan dengan hari Sabtu. Seramai 10 orang peserta telah melibatkan diri dengan kelas ini. Kelas ini telah berlangsung selama 3 jam, bermula dari jam 9 pagi hingga jam 12 tengahari. Pada kelas Bahasa Inggeris yang lalu, mereka telah diuji dari aspek pemahaman dan kemahiran mereka dalam mengaplikasikan Bahasa Inggeris dalam penulisan mahupun secara verbal. Rata-ratanya semua peserta bersungguh-sungguh dalam meningkatkan kemahiran mereka dalam Bahasa Inggeris .
Dalam kelas kali ini, seperti biasa mereka akan ditayangkan video Advokasi sebelum kelas bermula. Setelah tayangan video Advokasi selesai, sedikit penerangan mengenai video tersebut akan disampaikan kepada peserta. Kelas Bahasa Inggeris ini merangkumi pengenalan kepada perkataan-perkataan baru supaya peserta akan lebih mudah memahami dan mahir mengaplikasikan perkataan baru ini dalam membina ayat ataupun digunakan dalam percakapan seharian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: