Hak Dan Tanggungjawab Warga Digital Dan Advokasi
05 Jun 2017 | Aktiviti TerkiniPada 4 Jun yang lalu, kelas Hak dan Tanggungjawab Warga Digital dan Advokasi telah diadakan di pusat latuhan Pusat Internet 1 Malaysia. Seramai 10 orang peserta menyertai kelas ini. Meskipun mereka berusia dalam limgkungan 8 hingga 13 tahun, mereka berhak mengetahui hak dan tanggungjawab mereka sebagai warga digital atau pengguna.
Rata-ratanya mereka sudah mempunyai gajet sendiri seperti telefon bimbit, tablet ataupun laptop meskipun masih di usia muda. Pendedahan hak dan tanggungjawab ini amat penting kerana di usia yang sangat muda ini, mereka hanya mengetahui cara asas penggunaan medium digital ini tapi mereka tidak tahu hak dan tanggungjawab mereka.
Di samping itu, peserta yang menghadiri kelas ini juga diberi penjelasan tentang ke mana aduan mereka boleh dikemukakan jika terdapat kejadian jenayah siber melanda mereka atau orang terdekat mereka. Selain itu,mereka turut diajar cara untuk mengesan jenayah-jenayah siber supaya mereka boleh mengambil langkah dan cara penyelesaiannya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: