Kelas Pengukuhan ICT
25 Mac 2017 | Aktiviti TerkiniPada 24 Mac 2017, kelas pengukuhan ICT telah pun dijalankan dengan jayanya. Seramai 10 orang peserta yang mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. Aktiviti kali ini dimulakan dengan slot advokasi KDB kepada peserta-peserta. Ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran ICT yang sihat di kalangan mereka. Setelah selesai aktiviti slot advokasi dan KDB kelas dimulakan dengan memberi tugasan kepada peserta-peserta dengan menggunakan aplikasi Microsoft Office. Tugasan ini diberikan untuk melihat dan menilai kefahaman mereka terhadap apa yang telah dipelajari di kelas-kelas sebelum ini. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk melihat sejauh manakah kepekaan setiap peserta tahu mengenai kawasan setempat mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: