Kelas Latihan ICT & Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB)
17 April 2017 | Aktiviti TerkiniKelas Latihan ICT dan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) telah pun dijalankan dengan jayanya pada 16 April 2017. Seramai 8 orang peserta iaitu di kalangan murid sekolah telah mengikuti kelas tersebut. Kelas ini dijalankan selama 3 jam iaitu bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengahari.
Aktiviti kelas pada kali ini dimulakan dengan aktiviti advokasi klik dengan bijak (KDB) iaitu kempen kesedaran dan keselamatan internet. Aktiviti ini bertujuan untuk mendedahkan kepada murid-murid mengenai kerahsiaan maklumat ketika menggunakan media sosial terutamanya pada penggunaan aplikasi facebook, wechat, dan juga whatsapps.
Selepas itu, aktiviti pembelajaran ICT dimulakan dan berlangsung sekitar dalam 2 jam 30 minit. Pada minggu ini, kelas pembelajaran ICT memberi pendedahan asas kepada pelajar dengan cara menaip dengan betul dan disamping itu, setiap pelajar diajar menggunakan aplikasi online pembelajaran menaip. Kaedah belajar menaip ini dilihat dapat meningkatkan pemahaman kepada murid-murid untuk belajar dan pada masa yang mereka terus mempraktikkan apa yang ditunjukkan oleh pengajar dan juga nota yang diberikan dalam aplikasi tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: