Kelas Intensif ICT Siri 1
19 Jun 2017 | Aktiviti Terkini18 Jun 2017 (Ahad)- Telah dijalankan program bersiri iaitu “Kelas Intensif ICT Siri 1” di Pusat Internet 1 Malaysia Piasau. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan asas ICT yang diperlukan oleh pelajar-pelajar sekolah untuk membolehkan mereka menggunakan aplikasi-aplikasi Microsoft dalam melaksanakan tugasan-tugasan mereka seperti kerja kursus dan sebagainya. Di dalam siri ini pelajar diberikan pendedahan seperti berikut:
- Aktiviti penerangan advokasi iaitu program kesedaran tentang penyalahgunaan ICT dan kesannya kepada individu
- Aktiviti penerangan secara teori berhubung dengan aksesori dan perkakasan komputer
- Penerangan mengenai peluncur internet dan cara penggunaan bijak
- Pengajaran mengenai pengurusan fail dokumen elektronik
- Pengajaran teori dan praktikal penggunaan aplikasi Microsoft Word Asas
Kelas ini akan dijalankan secara bersiri dari masa ke semasa. Pusat Internet 1 Malaysia mengalu-alukan sambutan penduduk setempat dalam penyertaan ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: