Maklumat Palsu, Kesan, Akibat Dan Advokasi
30 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniPada 29 Mei 2017, kelas aktiviti bertajuk Maklumat Palsu, Kesan, Akibat dan Advokasi telah dijalankan dengan kehadiran beberapa orang pelajar lelaki dan perempuan. Mesej yang ingin disampaikan pada kelas kali ini adalah mengenai maklumat palsu yang sering diviralkan oleh media sosial seperti Facebook, Instagram dan lain-lain lagi.
Aktiviti pada kali ini, memberikan contoh-contoh maklumat palsu yang diviralkan dan bagaimana untuk mengelakkan perkara tersebut disebarkan secara meluas. Oleh itu, portal www.sebenarnya.my diperkenalkan kepada pelajar-pelajar tersebut supaya mereka boleh mencernakan apa yang diperkatakan oleh tenaga pengajar.
Selain itu, aktiviti tayangan filem patriotik iaitu filem “Kanang Anak Langkau” ditayangkan sempena sambutan perayaan Gawai yang akan disambut oleh seluruh rakyat Sarawak yang berketurunan Dayak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: