Exchanging Ideas And Suggestion With Advocacy
17 Julai 2017 | Aktiviti TerkiniPada 16 Julai lalu, kelas Exchanging Ideas And Suggestion With Advocacy diadakan di bilik latihan Pusat Internet 1 Malaysia. Kelas ini melibatkan seramai 5 orang pelajar sekolah rendah. Di dalam kelas ini, peserta dikehendaki memberi cadangan dan idea mereka mengenai apakah jenis kelas ataupun aktiviti yang memenuhi kriteria minat mereka.
Kelas seperti ini memberi peluan kepada peserta untuk menyarakan pendapat mereka mengenai kelas yang boleh memenuhi minat mereka. Dengan ini, akan menggalakkan mereka untuk lebih kerap datang ke Pusat Internet 1 Malaysia untuk menyertai kelas yang diadakan. Pada jam terakhir kelas pula, ditayangkan video advokasi kepada peserta yang hadir. Penjelasan mengenai advokasi melalui tayangan video amat menarik minat peserta dan lebih mudah difahami lebih-lebih lagi di kalangan pelajar sekolah rendah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: