Mathematics Empowerment With Advocacy
8 Mei 2017 | Aktiviti Terkini
Pada 7 Mei 2017 yang lalu, kelas Mathematics Empowerment with Advocacy telah diadakan dengan jayanya di bilik latihan Pusat Internet 1 Malaysia Piasau. Seramai 10 orang peserta telah menyertai kelas ini. Setelah mengadakan dua kelas untuk mengukuhkan Bahasa Inggeris, kali ini diadakan kelas untuk pengukuhan subjek matematik.
Kelas ini tidak formal dan lebih mengutamakan keseronokan dalam aktiviti pembelajaran supaya peserta cenderung untuk menyertai dan memudahkan peserta untuk memahami inti pelajaran yang cuba disampaikan.
Di samping itu, pada minit terakhir kelas berlangsung, turut ditayangkan video advokasi kepada peserta yang terlibat dan dijelaskan kepada mereka mesej yang cuba disampaikan dalam video tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: