Maklumat Palsu dan Advokasi
19 Jun 2017 | Aktiviti TerkiniPada 18 Jun 2017, kelas Maklumat Palsu dan Advokasi telah diadakan di pusat latihan Pusat Internet 1 Malaysia. Kelas ini disertai seramai 10 orang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan usia 10- 14 tahun.
Kelas ini berlangsung selama 3 jam sekaligus dengan advokasi dalam bentuk tayangan video pada minit terakhir kelas berlangsung. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada para peserta tentang maklumat palsu dan cara-cara mengenal pasti dan membendung isu penyebaran maklumat palsu dalam media social mahupun media massa.
Jika mereka sudah didedahkan kepada jenis atau ciri-ciri maklumat palsu, maka mudah untuk mereka mengenal pasti maklumat palsu tersebut dan segera menyekat penyebarannya secara meluas dan membantu dalam mengawal ataupun menyekat penyebarannya di seluruh medium penyebaran.
Di samping itu, mereka turut diterangkan mengenai contoh-contoh maklumat yang kurang tepat, cara untuk mengenal pasti sama ada maklumat tersebut adalah maklumat sahih atau tidak dan sebagainya. Dengan kelas seperti ini, dapat dipupuk dalam jiwa dan pemikiran peserta bahawa disiplin bukan sahaja perlu dipraktikkan di mana sahaja kita berada, tetapi disiplin juga harus dipraktikkan ketika melayari internet di laman social.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: