Program Kerjasama Pusat Internet Piasau dan Pejabat Kesihatan MIRI : Kursus Sistem Moves Komuniti Sihat Pembina Negara ( KOSPEN)
18 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniPada 17 Julai 2018 yang lalu, program kerjasama Pusat Internet Piasau dan Pejabat Kesihatan Miri iaitu ‘ Kursus Sistem Moves Komuniti Sihat Pembina Negara” telah dianjurkan oleh Pusat Internet Piasau.
Seramai lebih kurang 10 peserta telah hadir dan terlibat dalam program tersebut yang berlangsung selama 6 jam bermula pada jam 8 pagi hingga 1 petang.
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada sukarelawan KOSPEN dengan penggunaan Sistem MOVES yang dibina untuk memudahkan mereka dalam mengakses maklumat dan juga mengemaskini maklumat kesihatan secara atas talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: