E- Learning Class – Adapted Mind Dan Advokasi
07 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPada 6 Oktober 2018, kelas ini telah diadakan bersama ahli Pusat Internet 1 Malaysia yang merupakan ratanya dari kalangan pelajar sekolah rendah. Kelas ini adalah merupakan kelas e-learning di mana peserta diberi pendedahan bahawa kita dapat melakukan pembelajaran secara online. Di samping itu, pembelajaran secara online ini adalah salah satu teknik pembelajaran yang sangat efektif untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih menyeronokkan.
Dalam pada itu, setelah selesai kelas diberi penerangan tentang bahaya ‘oversharing ‘ di dalam internet khususnya. Penerangan ini dibuat melalui kaedah penayangan video untuk memudahkan para peserta memahami input yang hendak disampaikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: