Program Charity Cleaning “Miss Grand Charity Miri” Di Rumah Persatuan Orang Kurang Upaya Fizikal Miri (POKUFM)
29 January 2018 | Aktiviti Terkini28 Januari 2008 (Ahad)- Aktiviti kemasyarakatan telah diadakan di rumah Persatuan Orang Kurang Upaya Fizikal Miri (POKUFM) di Piasau Camp Miri. Aktiviti ini adalah merupakan Program Charity Cleaning yang dianjurkan oleh pihak penganjur Miss Grand Miri. Dalam pada itu PI Piasau telah dijemput untuk menghadiri program tersebut untuk memberi sedikit maklumat mengenai kempen advokasi yang dijalankan dan juga menjadi juri untuk menilai hasil kerja-kerja yang telah dijalankan. Penglibatan beberapa NGO termasuk PI Piasau dalam aktiviti diharap dapat membawa masyarakat sekeliling untuk melihat dan menggembleng tenaga bersama-sama untuk memurnikan dan memperkenalkan Miri sebagai tempat peranginan yang mesra dan bertoleransi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: