Program Sejiwa Senada Kerajaan Bersama Rakyat 2018

09 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada hari sabtu dan ahad yang lalu bersamaan dengan 7 dan 8 April 2018, Program Sejiwa Senada Kerajaan Bersama Rakyat telah diadakan di padang MMC, Miri bersama dengan Suruhanjaya Komunikasi Maklumat dan Multimedia Malaysia ( SKMM) . Program ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada pengunjung yang datang ke program tersebut. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan dan diadakan untuk pengunjung antaranya ialah kuiz Klik dengan Bijak, menyelesaikan Cubic MCMC dan tidak lupa juga kami mempromosikan program e-waste kepada pengunjung yang hadir ke program itu.

Pelbagai hadiah menarik disediakan bagi menarik perhatian orang ramai di samping menguar-uarkan bahaya menyimpan gajet yang tidak lagi berfungsi di dalam tempat tinggal mereka. Selain itu, kami sempat mempromosikan dan memberi tahu kewujudan Pusat Internet 1 Malaysia berdekatan dengan kawasan tempat tinggal mereka dan mereka sangat teruja untuk berkunjung dan melawat Pusat Internet 1 Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali