Advokasi Kdb – Perlindungan Kanak-Kanak Di Internet
16 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada 15 April yang lalu, Pusat Internet Piasau Utara telah mengadakan sesi Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) kepada para pelajar sekolah tentang Perlindungan Kanak-Kanak Di Internet. Tujuan utama program ini dijalankan ialah untuk memberi kesedaran kepada para pelajar sekolah untuk lebih berhati-hati menggunakan Internet melalui smartphone, komputer, mahupun laptop.
Di samping itu, para pelajar juga ditayangkan satu video ‘cyber grooming’ bagi memberi contoh tentang kesan-kesan yang akan berlaku jika seseorang itu terkena dengan ‘cyber grooming’. Advokasi KDB ini dijalankan dari jam 4 ptg sehingga 4.30 ptg, dan seramai 9 orang pelajar yang hadir. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim antara Pusat Internet serta anak-anak komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: