Kelas Asas Ict- Microsoft Word (Typing) Untuk Pelajar Sekolah & Slot Advokasi KDB (Siber Buli)
4 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 03/08/2019, Pihak Pusat Internet Piasau Utara telah mengadakan kelas asas ICT Microsoft word untuk kategori menaip untuk pelajar sekolah . Tujuan kelas ICT ini dijalankan adalah untuk memastikan para pelajar sekolah dapat memahami konsep dan penggunaan Microsoft Word dengan betul dan menguji tahap kepantasan menaip pelajar menjadi seorang pelajar celik IT dan dapat memanfaatkan ilmu penggunaan Microsoft Word di dalam projek sekolah mereka. Kelas ini terdiri daripada 10 orang pelajar sekolah dan masa yang digunakan dalam kelas ICT ini adalah selama 6 jam (10.00 am-4.00 pm)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: