E-Learning Membuat Latihan Subjek Bahasa Malaysia (Istilah Dan Frasa) Bersama Pelajar Sekolah.
13 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPada 12 Julai 2020, Pihak Pusat Internet Piasau Utara telah mengadakan kelas e-learning dalam membuat latihan untuk subjek Bahasa Malaysia bersama pelajar sekolah rendah dan menengah mengenai istilah dan frasa menarik. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah memberi latihan asas kepada pelajar dalam mengasah kefahaman mereka dalam tatabahasa ataupun istilah dan penggunaan frasa dalam ayat tersebut. Kebaikan yang pelajar akan perolehi iaitu ilmu tambahan dalam penggunaan istilah dan maksud dalam frasa tersebut. Aktiviti sokongan dalam aktiviti ini ialah soalan jawab/perbincangan dalam menyemak jawapan. Aktiviti ini mengambil masa 1 jam sahaja.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: