Slot Advokasi Bersama Pihak Penduduk Kampung Piasau Utara - Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong
16 November 2020 | Aktiviti TerkiniPada 15 November 2020, Pihak Pusat Internet Piasau Utara telah mengadakan slot advokasi bersama dengan Kampong Piasau Utara mengenai kebebasan bersuara bukan kebebasa berbohong. Pihak kami telah menyuruh volunteer MIV PIK Piasau Utara untuk mengedarkan risalah dan membuat penerangan kepada pengunjung supaya mereka lebih faham dan teliti mengenai kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong supaya mereka tidak mempercayai sumber yang tidak tepat. Sebelum perkara ini terjadi, pengunjung perlu diberi panduan atau pengajaran mengenai isu ini supaya mereka lebih berhati-hati dan peka dengan siapa mereka berurusan. Sasaran kami hanya 28 orang sahaja untuk menerima risalah yang kami edarkan bermula jam 4 petang hingga 5 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: