Slot Advokasi Bersama Pihak Usahawan Penduduk Kampung Piasau Utara Via Whatsapp – Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong
18 November 2020 | Aktiviti TerkiniPada 17 November 2020, Pihak Pusat Internet Piasau Utara telah mengadakan slot advokasi bersama dengan usahawan penduduk Kampong Piasau Utara mengenai kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong. Pihak kami telah menerangkan advokasi yang telah dilancarkan oleh MCMC/SKMM mengenai kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong supaya para usahawan tidak mempercayai sumber yang tidak tepat. Sebelum perkara ini terjadi, usahawan perlu diberi panduan atau pengajaran mengenai isu ini supaya mereka lebih berhati-hati dan peka dengan siapa mereka berurusan. Sasaran kami hanya 16 orang sahaja untuk slot advokasi via Whatsapp bermula jam 3 petang hingga 4 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: