E-Learning Bersama Tadika Kemas Untuk Mewarna Poster Sempena Malaysia Day
8 September 2020 | Aktiviti TerkiniPada 7 September 2020, Pihak Pusat Internet Piasau Utara telah mengadakan kelas asas E-Learning bersama pelajar tadika kemas Piasau Utara. Mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Kali ini tugasan yang diberikan kepada pelajar ini adalah mewarna poster sempena dengan hari Malaysia.
Dengan itu, pelajar disuruh untuk mewarnakan poster dengan tema Malaysia Prihatin yang diadakan di Tadika Kemas Kampung Piasau Utara dengan pengawasan cikgu-cikgu tersebut. Terdiri daripada pelajar tadika berusia 5 & 6 tahun sahaja seramai 15 orang ditemani bersama 3 guru kelas 2 pembantu guru.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: