Slot Advokasi KDB Bersama Pelajar Sekolah- Siber Buli & Pengawasan Kanak-Kanak Dalam Talian
20 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPada 19 Julai 2020, Pihak Pusat Internet Piasau Utara telah mengadakan slot advokasi bersama dengan pelajar sekolah mengenai siber buli dan pengawasan kanak-kanak dalam talian kepada pelajar sekolah terutamanya golongan umur dibawah 18 tahun kerana mereka lebih terdedah dengan media sosial seperti twitter, facebook dan Instagram. Sebelum perkara ini terjadi, pelajar perlu diberi panduan atau pengajaran mengenai isu ini supaya mereka lebih berhati-hati dan peka dengan siapa mereka berteman di media sosial. Terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Slot advokasi ini mengambil masa 1 jam sahaja dari jam 8.00 hingga 9.00 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: