Pengenalan Asas Apa Itu Multimedia Bersama Dengan Pelajar Sekolah
20 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPada 19 Julai 2020, Pihak Pusat Internet Piasau Utara telah mengadakan kelas multimedia iaitu Pengenalan Asas Apa Itu Multimedia. Teknologi bersepadu terkini mempunyai kelebihan menggabungkan visual realistik dengan teks dan suara dan berupaya membenarkan pelajar menggunakannya dalam apa jua cara. Melalui integrasi teknologi maklumat beberapa perubahan dan pendekatan fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan pelajar. Kebaikan yang pelajar akan perolehi adalah:
- Menyediakan satu panduan perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran mengenai perkakasan komputer yang mudah serta dapat mengoptimumkan masa guru dan pelajar.
- Memberikan keselesaan kepada pelajar untuk belajar dan meneroka ilmu pengetahuan dan kemahiran mengenai komponen perkakasaan komputer berdasarkan kadar keupayaan masing-masing.
- Memberi pengetahuan dan kemahiran mengenai kepentingan dan komponen sistem komputer dalam teknologi maklumat.
Kelas ini mengambil masa 2 jam dari jam 1.00pm hingga 3.00pm.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: