Bengkel MIV Bersama Komuniti 2020
6 September 2020 | Aktiviti TerkiniPada 5 September 2020, Pihak Pusat Internet Piasau Utara telah menyertai bengkel MIV bersama komuniti 2020 yang dianjurkan oleh pihak SKMM. Tujuan ini diadakan adalah untuk berkongsi dengan anda bahawa program Sukarelawan ICT Malaysia (MIV) dengan Komuniti 2020 akan diatur untuk menyokong “Truth Campaign”, yang dilancarkan oleh kumpulan Komunikasi Strategik SKMM.
Kempen ini adalah kesinambungan dari usaha pemerintah untuk memerangi berita palsu dan mempromosikan nilai-nilai tanggungjawab tingkah laku. Sukarelawan MIV akan digerakkan sebagai agen perubahan / duta untuk Mendidik, Mempromosikan dan Berkongsi mesej utama kepada komuniti masing-masing termasuk Pemimpin Tempatan di peringkat akar umbi. Bengkel ini mengambil masa 2 jam dari jam 10.30am hingga 12.30pm.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: