Membantu Komuniti Setempat Untuk Permohonan Kenyalang Gold Card
7 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada tanggal 6 November2021, Pihak Pusat Internet Komuniti Piasau Utara telah mengadakan satu slot “Membantu komuniti membuat pendaftaran permohonan kenyalang gold card”. Membantu pihak komuniti yang memerlukan pertolongan/bantuan untuk membuat permohonan kenyalang gold card untuk golongan usia 60 tahun keatas.
Apa Itu Kenyalang Gold Card?
Kenyalang Gold Card – turut dikenali sebagai “KGC” menyediakan kemudahan dan akses untuk orang Sarawak yang layak untuk menerima inisiatif Gold Card. Terdapat pelbagai diskaun dan tawaran istimewa. Segala jenis kemudahan istimewa disediakan untuk yang layak; dengan penjimatan setiap hari – berdekatan dengan anda, dan seluruh daerah-daerah di Sarawak.
Kad ini menawarkan:
- Diskaun dan rebat setiap hari ke atas barangan keperluan seperti, barangan keperluan dapur, makanan, penjagaan kesihatan, telekomunikasi dan pengangkutan.
- Manfaat lain seperti pekerjaan, jahitan, saloon rambut dan urutan.
- Tawaran istimewa yang bernilai tinggi
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: