Membuat Komuniti Membuat Permohonan Kemasukan Kelas E-Prasekolah Di Website Kementerian Pelajaran Malaysia
12 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada 11/4/2022, Pihak PEDi Piasau Utara telah mengadakan sesi membantu pihak komuniti membuat permohonan kemasukan ke kelas prasekolah KPM.
Kaedah Permohonan Kemasukan Ke Kelas Prasekolah KPM Melalui Dua Cara Iaitu:
Dalam Talian (online)
- Tempoh permohonan secara dalam talian bermula 1 Mac hingga 30 April tahun sebelumnya.
- Permohonan ini boleh dibuat melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my/
- Ibu bapa/penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian hendaklah mencetak borang permohonan tersebut.
- Borang ini perlu dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen berkaitan. Borang dan dokumen tersebut perlu dikemukakan kepada pihak sekolah/institusi selewat-lewatnya pada 31 Mei.
- Manual pengguna boleh dimuat turun daripada laman sesawang eprasekolah sebagai panduan.
Manual
- Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei tahun sebelumnya.
- Ibu bapa/penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah yang ingin dimohon.
- Pihak sekolah/institusi mesti mencetak borang permohonan kemasukan dari laman sesawang Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK).
- Borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: