Lawatan Ke Pusat Digital (PEDI)
24 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada 23/04/2022, Pihak Pusat Internet Komuniti Piasau Utara telah mendapat kunjungan daripada pihak Shopee Malaysia dan PEDi Piasau Utara antara PEDi yang terpilih untuk bahagian Sarawak.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah tujuan lawatan ini adalah untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengoperasian PEDi dan pelbagai program yang biasa diadakan di PEDi. Sepanjang sesi lawatan tersebut, terdapat aktiviti soalan dan jawab mengenai usahawan PEDi Piasau Utara telah menggunakan Shopee untuk membuka kedai didalam Shopee, mengetahui cabaran yang telah usahawan hadapi, cara usahawan menawarkan produk yang dijual dan adakah komuniti ada memohon bantuan daripada PEDi untuk membuat pembelian atas talian dan sebagainya, Lawatan ini terdiri daripada 9 orang dan mengambil masa 2 jam untuk sesi lawatan ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: