Kelas Asas ICT Applikasi Canva Bahagian 1 Edisi Julai 2022
18 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 17 Julai 2022 PEDi Piasau Utara telah membuat satu perkongsian tutorial mereka e-Kad menggunakan Canva diapplikasi Canva. Tujuan perkongsian ini adalah untuk melahirkan remaja lebih kreatif dan inovatif dalam mereka kad ucapan perayaan atau lain-lain penggunaan kad. Selain itu juga, menyegarkan nostalgia pengiriman kad – kad perayaan dalam kalangan anak muda walapun berbentuk digital dan tidak seperti dahulu iaitu melalui kad ucapan kertas. Menghidupkan keunikan tradisi walapun berbentuk digital kerana anak muda pada masa kini hidup pada zaman teknologi digital.
Cara membuat kad
1. Buka halaman di Canva
Buka Canva dan log masuk atau daftar diri untuk akaun baharu menggunakan e-mel, Google atau profil Facebook anda. Cari "Kad" untuk mula mereka bentuk.
2. Pilih templat
Pilih salah satu templat kad Canva yang direka secara profesional. Pilih pelbagai acara dan tema bersama warna serta gaya. Kemudian, hanya sesuaikan dengan sentuhan peribadi anda.
3. Peribadikan kad anda sepenuhnya
Hantar kad yang benar-benar diperibadikan dan dari hati. Hanya dengan beberapa klik, anda dapat mengubah teks dengan mesej anda sendiri, mencuba warna dan fon yang berbeza, bahkan memuat naik foto anda sendiri.
4. Ubah reka bentuk anda dengan lebih banyak elemen
Jadikan kad anda menonjol menggunakan alat reka bentuk kami. Semak imbas dan gunakan pelbagai latar dan bingkai. Tambahkan lebih banyak ilustrasi dan imej. Cuba pelbagai penapis foto serta lakukan eksperimen dengan memangkas dan mengubah saiz gambar.
5. Pesan cetakan anda
Pesan cetakan kad berkualiti tinggi anda melalui Canva Print dan nikmati penghantaran percuma. Atau simpan reka bentuk anda sebagai fail PDF, JPG atau PNG. Ingat bahawa anda sentiasa dapat mengedit reka bentuk anda pada bila-bila masa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: