Slot Advokasi KDB Bersama Pelajar Sekolah & Kelas Asas ICT Microsoft Word
6 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 05 Mac 2022, Pihak Pusat Internet Komuniti Piasau Utara telah mengadakan slot advokasi KDB bersama dengan pelajar sekolah bahagian Piasau Utara bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pengguna media sosial mengenai isu semasa yang berkaitan dengan kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong agar sentiasa berhati-hati ingin memberi pandangan mengenai isu negatif.
Selain itu juga, pihak PEDi Piasau utara mengadakan kelas Ms Word bagi pelajar. Seperti yang kita tahu, MS Word memiliki kelebihan seperti berikut:
1. Mengatur ukuran margin
Margin adalah ukuran tepi di lembar kerja Microsoft Word. Ini terdiri dari batas atas, bawah, kanan, dan kiri. Biasanya ketika membuka lembar kerja baru, margin kertas telah diatur secara teratur. Tapi janganb risau, kita boleh mengubah ukurannya sesuai dengan yang pengguna mahukan.
2. Mengubah ukuran dan jenis font
Microsoft Word menyediakan banyak jenis font yang boleh pengguna pilih. Cara mengubahnya, pengguna harus blok teks yang ingin diubah fontnya, lalu klik tab Home > Jenis font. Sebelum di klik, kamu bisa melihat preview-nya dulu di lembar kerja.
3. Mengatur space antara baris
Jarak atau ruangan antara baris boleh pengguna ubah-ubah sesuai keperluan agar dokumen terlihat rapi dan teratur untuk dibaca. Cara mengaturnya, pertama blok paragraf yang akan diatur ruangan, klik tab Home, lalu pilih Line and Paragraph Spacing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: