Cereamah Dan Demonstrasi Alat Pemadam Api
2 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPada 1 Oktober 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Luak dengan kerjasama PEDi Miri dan Subis serta Jabatan Bomba Miri telah mengadakan Program Ceramah dan Demonstrasi Kebakaran yang dilakukan di PEDi Kg. Luak, Miri. Objektif utama program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang bahayanya api. Dalam ceramah ini pegawai bomba menerangkan tentang bahayanya api serta cara - cara untuk menyelamatkan diri semasa kebakaran dan juga jenis - jenis pemadam api dan juga bahan yang boleh digunakan untuk memadam api. Komuniti juga diterangkan langkah - langkah yang betul untuk memadam api. Komuniti juga berkesempatan untuk merasai sendiri bagaimana cara untuk memadam api semasa sesi demonstrasi kebakaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: