Membantu Komuniti Membuat Permohonan Pendaftaran Kenyalang Gold Card Bagi Slot 1 Dan Slot 2
11 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPada 4/10/2022 & 10/10/2022, Pihak PEDi Piasau Utara telah mengadakan sesi membantu pihak komuniti membuat permohonan pendaftaran kenyalang gold card untuk slot 1 dan slot 2. Warga emas di Sarawak boleh memohon kemudahan Kenyalang Gold Card (KGC) di mana ia merupakan satu kad yang memberi tawaran potongan harga, pengecualian pembiayaan untuk barang dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh sektor awam, sektor swasta dan gerai komersial yang merupakan rakan stratergik KGC.
KGC adalah kemudahan untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas untuk:
- Mendapatkan diskaun, rebat atau yuran percuma untuk barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi kerajaan, swasta serta pusat komersial dan menjadi rakan strategik KGC.
- Diskaun untuk bidang kesihatan iaitu perubatan dan pemulihan, pengangkutan awam, barang keperluan harian seperti diskaun ketika membeli barangan runcit, pakaian, optikal, penjagaan diri, refleksologi, urutan dan spa serta dandanan rambut.
- Bantuan Ehsan Kematikan (BIK) berjumlah RM3000 dan ia dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 10,000 warga emas setahun. (*NOTA: BIK hanya akan diberikan kepada pemegang BIK yang tidak mendapat perlindungan insurans, Tabung Haji, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan sebagainya.)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: