Slot Advokasi KDB Dan Kursus Agrobazar Dan i-Pemasar Bersama Pihak Fama Miri
13 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 12 Ogos 2022, Pihak Pusat Internet Komuniti Piasau Utara telah mengadakan slot advokasi KDB bersama dengan peserta kursus anjuran FAMA Miri bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pengguna media sosial mengenai isu semasa yang berkaitan dengan kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong agar sentiasa berhati-hati ingin memberi pandangan mengenai isu negatif. Selain itu juga, pihak FAMA Miri juga mengadakan kursus agrobazar dan i-pemasar untuk mengajar peserta kursus untuk memasarkan produk jualan mereka dengan mendaftarkan perniagaan dalam agrobazar websiti fama itu sendiri. Terdiri daripada golongan usahawan baharu dan usahawan lama. Kedua-dua slot ini mengambil masa 8 jam setengah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: