Kursus Pendigital Usahawan Atau Agrobazaar Online FAMA Dan Taklimat Payment
24 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniPada 23/02/2023, Pihak PEDi Piasau Utara telah mengadakan slot advokasi KDB Bersama pihak FAMA Miri dan peserta kursus pendigital usahawan@agrobazaar online FAMA Miri. Bahagian Pemasaran Digital diwujudkan adalah berperanan dalam membantu memasarkan dan menyediakan luang pasaran digital bagi produk agro makanan menerusi platform Agrobazaar Online dan platform e-dagang yang lain melalui Agrobazaar Malaysia E-Mall.
Objektif utama kursus online ini diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan pendapatan usahawan agro makanan melalui luang pasaran digital yang diterokai, meningkatkan penggunaan platform e-dagang dikalangan usahawan agro makanan dalam memasarkan produk keluaran mereka dan mendidik usahawan supaya lebih peka dengan perkembangan teknologi dan pendigitalan pada masa kini.
Perkhidmatan Yang Ditawarkan adalah seperti berikut:
- Pendaftaran usahawan agro makanan dalam portal Agrobazaar Online
- Pemasaran produk agro makanan di dalam portal Agrobazaar Online dan Agrobazaar E-Mall melalui platform e-dagang yang lain.
- Latihan / kursus / bengkel berkaitan luang pasaran digital dan pemasaran produk pertanian dan industri makanan secara dalam talian
Seramai 15 orang peserta dan 3 orang pegawai daripada Pihak FAMA Miri dan kursus ini mengambil masa 5 jam.
Terdiri daripada golongan pelajar sekolah. Slot ini mengambil masa 3 jam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: