Taklimat Penggunaan Sistem Online RMR Bersama Pihak SPNB Miri
24 Ogos 2023 | Aktiviti TerkiniPada 23/8/2023, Pihak PEDi Piasau Utara telah menganjurkan dan Kerjasama daripada pihak SPNB untuk menganjurkan taklimat penggunaan sistem online RMR. Seperti yang ketahui, objektif pihak SPNB adalah program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM 5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
KELAYAKAN PEMOHON
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun.
- Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000.
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
- Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
- Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: