E-Learning Nota Ringkas Subjek Geografi Tingkatan 2
14 April 2024 | Aktiviti TerkiniPada 13/04/2024, Pihak NADI Piasau Utara telah mengadakan kelas subjek Geografi kepada pelajar sekolah. Sub topik pembelajaran pada kali ini adalah tentang hubungan geografi fizikal dengan manusia. untuk melengkapkan murid dengan pemahaman dan kemahiran asas geografi serta nilai-nilai kemanusiaan. Matlamat subjek ini adalah untuk membolehkan murid memahami fenomena geografi berfokus kepada negara Malaysia dan hubungannya dengan negara-negara lain.
Para pelajar sangat seronok kerana dapat belajar serta secara langsung dapat melahirkan pelajar yang berilmu, bertanggungjawab, bersyukur dan mengenali serta mencintai negara Malaysia. Justeru, subjek ini akan menyediakan diri para pelajar dalam menghadapi cabaran hidup ke arah mewujudkan kesejahteraan diri dan masyarakat. Kelas ini diadakan selama 2 jam bermula dari jam 2 petang sehingga 4 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: