E-Learning Latihan Meneka Dan Mencari (English Synonim) Part 2
15 April 2024 | Aktiviti TerkiniPada 14/04/2024 bersamaan dengan hari ahad, Pihak NADI Piasau Utara telah mengadakan kelas matapelajaran Inggeris. Dimana pengajar NADI memberi latihan untuk meneka dan mencari ayat-ayat ataupun perkataan yang sinonim dalam Bahasa Inggeris. Sambungan kelas daripada part 1, seperti biasa pelajar terlebih dahulu diberi penerangan tentang sinonim dimana ertinya ialah kata seerti atau kata yang mempunyai sama maksud. Sebagai contoh perkataan jika sama ertinya dengan andai. Contoh lain ialah dekad dengan dasawarsa, atau tamadun dengan peradaban.
Para pelajar sangat seronok kerana dapat belajar dalam kelas ini kerana dapat menarik minat dan bersifat ingin tahu tentang ayat-ayat dan perkataan baru dalam Bahasa Inggeris. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 12 pagi sehingga jam 2 petang. Akhir dari latihan ini para pelajar dapat menimba pengalaman yang baru serta menajamkan lagi ilmu Bahasa Inggeris mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: