Kelas Softskill- Membuat Penulisan Asas Cover Letter Dan Resume (Part 2)
21 April 2024 | Aktiviti TerkiniPada 20/04/2024 bersamaan dengan hari sabtu, Pihak NADI Piasau Utara telah mengadakan kelas penulisan asas cara membuat surat iringan dan juga resume kepada pelajar menengah atas. Tujuan kelas ini diadakan agar para pelajar dapat menyakinkan perekrut idea yang baik tentang apa yang telah mereka pelajari di sekolah dan apa yang telah mereka lakukan pada masa lalu, tetapi ia mungkin tidak menunjukkan semua kemahiran dan sifat anda atau kesungguhan anda untuk mahu bekerja untuk syarikat tertentu.
Surat iringan hendaklah formal dan menarik pada masa yang sama. Namun, kadang-kadang beratus-ratus orang memohon pekerjaan, ini bermakna. penemuduga perlu membaca seberapa banyak resume dan surat lamaran. Pengajar NADI memberi seberapa banyak tips kepada pelajar yang hadir agar mereka dapat pengetahuan untuk membuat surat iringan dan juga resume mereka.
Pada sesi ini pelajar dapat membuat sendiri surat iringan dan resume yang mereka kehendaki. Kelas ini berlangsung selama 1 jam bermula pada jam 9 pagi sehingga jam 10 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: