Soft Skills: Penulisan Asas Membuat Surat Iringan Bahagian 2
22 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 21/07/2024, Pihak NADI Piasau Utara telah mengadakan kelas soft skills membuat surat iringan kepada pelajar sekolah menengah. Kelas ini dilaksanakan hasil daripada sambungan kelas pada bahagian 1 kepada pelajar agar lebih memahami cara membuat surat iringan yang betul dan mengikuti format yang tepat. Setiap pelajar yang hadir diberi masa untuk membuat surat iringan berpandukan contoh-contoh surat iringan yang ditunjukkan oleh pengajar NADI.
Akhir dari kelas ini, para pelajar dapat mengetahui dan menguasai asas membuat surat iringan yang dibuat pada sesi kali ini dan mereka berharap semoga kelas seperti ini sering dilakukan di NADI Piasau Utara. Kelas bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 3.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: