KELAS E-Learning- Meneka Benua Dunia & Mengenalpasti Bendera-Bendera (Geografi)
25 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 24/02/2024, Pihak NaDi Piasau Utara telah mengadakan kelas E-Learning geografi bersama pelajar sekolah iaitu mempelajari peta dunia. Kelas diadakan pada 2.00 petang dan berakhir jam 4.00 petang. Pihak pengajar NaDi mengajarkan tentang benua-benua yang terdapat pada geografi dunia serta meneka bendera-bendera negara mengikut benua yang ditunjukkan oleh pengajar.
Kelas ini adalah bertujuan mengajak para pelajar yang mengikuti kelas berimaginasi tentang bentuk-bentuk rupa bumi bagi setiap benua ini. Dengan bantuan tayangan video dan juga carian di web dapat memberi gambaran jelas kepada pelajar tentang peta lokasi benua dan negara-negara yang terletak disitu. Hasil dari kelas ini, para pelajar dapat menimba ilmu geografi mereka. Selain itu juga mereka juga dapat mengenali negara-negara yang mereka tidak ketahui sebelum ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: