E-Learning- Subjek Geografi Tingkatan 5
28 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 27/07/2024, Pihak NADI Piasau Utara telah mengadakan kelas E-learning bersama pelajar sekolah menegah iaitu kelas subjek geografi. Dimana pengajar mengajar topik geografi fizikal. Pengajar menerangkan topik fizikal seperti kemahiran geografi, cuaca, iklim, tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar, serta sumber tenaga dan kegiatan ekonomi. Selain itu juga pengajar NADI mengadakan kelas ini bertujuan untuk mengembangkan pemahaman pelajar tentang fenomena geografi yang berlaku di peringkat global, seraya membantu mereka mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam konteks tempatan.Di akhir kelas ini, para pelajar memahami secara menyeluruh tentang kepentingan geografi fizikal dalam ilmu pengetahuan mereka. Kelas ini bermula pada jam 10.30 pagi dan selesai pada jam 11.30 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: