E-Learning- Subjek Sains Sub topik: Mempelajari dan memahami peranan anggota tubuh manusia
29 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 28/07/2024, Pihak NADI Piasau Utara telah mengadakan kelas subjek sains tahun 5 dimana topik yang diajari adalah mengenai anggota tubuh manusia. Pada kelas ini pengajar menerangkan tentang definisi sistem tubuh manusia mereka mempelajari tentang sistem dalam tubuh manusia. Pertama, pengajar akan mengajar tentang sistem rangka manusia serta fungsi rangka utama manusia dan mengenal pasti tulang dan kedudukan sendi dalam sistem rangka manusia.
Kemudian, kita akan belajar tentang sistem peredaran darah manusia. Kita akan memerihalkan fungsi bahagian utama yang terlibat dalam sistem peredaran darah manusia dan melakar laluan peredaran darah yang lebih oksigen dan laluan peredaran darah yang lebih karbon dioksida dalam tubuh manusia. Akhir dari kelas ini, pelajar yang hadir dapat menguatkan lagi ilmu pengetahuan sains mereka dan seronok belajar subjek sains. Kelas bermula jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: