Kelas ICT Cara Menaip dengan Baik dan Betul Menggunakan (Microsoft Words)
7 Mac 2024 | Aktiviti TerkiniPada 06/03/2024 bersamaan dengan hari rabu, Pihak NADI Piasau Utara telah mengadakan kelas ICT kepada para pelajar. Untuk sesi ini pengajar NADI mengajar mereka cara-cara menaip dengan baik dan betul. Sebelum kelas bermula, pengajar memberi sedikit ilmu asas tentang ICT. Dimana, pengertian paling asas teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) ialah semua jenis teknologi yang digunakan untuk memproses, mengolah, menyimpan, mempersembahkan dan memindahkan data atau maklumat dalam bentuk elektronik.
Pada sesi ini, pelajar dapat menimba pengalaman yang baru terlebih kepada para pelajar yang belum pernah menggunakan alatan ICT terutamanya computer. Kelas ini bermula pada jam 12 tengah hari sehingga jam 1 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: