Softskills- Penulisan Asas Resume
16 Mac 2024 | Aktiviti TerkiniPada 15/03/2024 bersamaan dengan hari Ahad, Pihak NADI Piasau Utara telah mengadakan kelas softskills membuat penulisan asas resume bersama-sama para pelajar sekolah yang telah hadir. Pengajar dan para pelajar sama-sama membuat resume menggunakan beberapa aplikasi antaranya dengan menggunakan Microsoft words, Canva, Power Point dan banyak lagi. Para pelajar bebas menggunakan apa-apa saja aplikasi yang mereka kehendaki untuk membuat resume masing-masing.
Pengajar NADI membantu mereka dalam cara membuat resume baik dari segi susunan butiran diri mahupun reka bentuk resume yang sesuai. Kelas ini dapat memberi peluang para pelajar untuk berimpresi serta berkarya dalam resume mereka. Kebanyakkan dari pelajar sangat gembira. Kelas ini bermula pada jam 10 pagi dan selesai jam 12 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: