STEM-IOT (Mereka Bentuk Badan Manusia)
17 Mac 2024 | Aktiviti TerkiniPada 16/03/2024 bersamaan dengan hari Ahad, Pihak NADI Piasau Utara telah mengadakan kelas STEM iaitu mereka bentuk tubuh manusia bersam pelajar sekolah yang hadir. STEM merupakan suatu bidang ilmu yang menyepadukan pembelajaran bagi bidang Sains (S), Teknologi (T), Kejuruteraan (E) dan Matematik (M). Bagi mencapaikan hasrat penyepaduan tersebut, dua bidang lain iaitu bidang seni (Art - A) dan bacaan (Reading - R) turut terlibat secara tak langsung. Dalam kelas mereka bentuk ini, pengajar menggunakan kaedah tanah liat serta ilmu sains anatomi manusia kepada para pelajar.
Pihak NADI membantu mereka dalam melahirkan pelajar yang kreatif, imaginatif, inventif dan mempunyai nilai estetik dalam mengamplikasikan STEM semasa penyelesaian masalah dalam kehidupan. Kebanyakkan dari pelajar sangat gembira. Kelas ini bermula pada jam 9.30 pagi dan selesai jam 11.30 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: