Softskills- Membuat Cover Letter Bahagian 2
29 Mac 2024 | Aktiviti TerkiniPada 28/03/2024 bersamaan dengan hari khamis, Pihak NADI Piasau Utara telah mengadakan kelas softskills iaitu membuat surat iringan ataupun cover letter bersama-sama pelajar sekolah menengah. Kebanyakkan dari peserta adalah dari lepasan kalangan tingkatan 5 dan 6 jadi pasti mereka inginkan pekerjaan untuk memulakan kerjaya yang diingini sekiranya mereka tidak menyambung pendidikan kelak. Kandungan isi didalam surat iringan adalah penting dalam proses mencari pekerjaan pada masa ini. Jadi pengajar dengan ilmu yang ada cuba ingin memberi tips-tips yang berguna dalam pengisian surat iringan mereka. Para pelajar bebas untuk menggunakan aplikasi terkini dalam mencipta surat iringan mereka.
Akhir dari kelas ini, mereka dapat membuat cover letter yang bagus serta mengikut kehendak pasaran. Pengajar NADI membantu mereka dalam melahirkan pelajar yang kreatif, imaginatif, inventif dan mempunyai nilai estetik. Kebanyakkan dari peserta sangat gembira dan berpuas hati. Kelas ini bermula pada jam 11 pagi dan selesai jam 12 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: