Softskills- Membuat Resume Bahagian 2
29 Mac 2024 | Aktiviti TerkiniPada 28/03/2024 bersamaan dengan hari khamis, Pihak NADI Piasau Utara telah mengadakan kelas softskills iaitu membuat resume Bersama-sama pelajar sekolah menengah. Kebanyakkan dari pelajar adalah dari lepasan kalangan tingkatan 5 dan 6 jadi pasti mereka inginkan pekerjaan untuk memulakan kerjaya yang diingini sekiranya mereka tidak menyambung pendidikan kelak. Penulisan resume adalah penting dalam proses mencari pekerjaan pada masa ini. Jadi pengajar dengan ilmu yang ada cuba ingin memberi tips-tips yang berguna dalam pengisian resume mereka. Para pelajar bebas untuk menggunakan aplikasi terkiri yang boleh membuat resume.
Akhir dari kelas ini, mereka dapat membuat resume yang bagus serta mengikut kehendak pasaran. Pihak NADI membantu mereka dalam melahirkan peserta yang kreatif, imaginatif, inventif dan mempunyai nilai estetik. Kebanyakkan dari pelajar sangat gembira dan berpuas hati. Kelas ini bermula pada jam 2 petang dan selesai jam 3 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: