Kelas ICT- Microsoft words (Kaedah Menaip) Bahagian 1
21 September 2024 | Aktiviti TerkiniPada 20/09/2024 bersamaan dengan hari Jumaat, Pihak NADI Piasau Utara telah mengadakan kelas ICT bersama pelajar sekolah iaitu cara menaip dengan menggunakan Microsoft words. Kelas diadakan pada 10.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengah hari. Tujuan kelas ini adalah agar pelajar mengenalpasti peralatan asas di dalam Microsoft Words. Mengetahui kegunaan MS Words untuk membuat buku kerja seperti maklumat perbelanjaan, laporan kewangan, membina carta pai, mengendali pangkalan data dan sebagainya. Selain itu, mereka juga mempelajari dan memahirkan diri menaip karangan sesuai tajuk yang diberi oleh pengajar.
Akhir dari kelas bahagian 1 ini, kesemua pelajar yang hadir menguasai teknik dan pengetahuan yang baru mengenai MS Words dipelajari dan berharap mereka akan datang ke NADI sekiranya ada kelas lanjutan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: