Kelas ICT- Microsoft words (Kaedah Menaip) Bahagian 2
22 September 2024 | Aktiviti TerkiniPada 21/09/2024 bersamaan dengan hari Sabtu, Pihak NADI Piasau Utara telah mengadakan kelas ICT lanjutan dari bahagian 1 bersama pelajar sekolah iaitu cara menaip dengan menggunakan Microsoft words. Kelas diadakan pada 9.30 pagi dan berakhir jam 10.30 tengah hari. Tujuan kelas Asas ICT untuk golongan Pelajar Sekolah Rendah ini dijalankan bertujuan untuk merapatkan jurang digital dikalangan pelajar selain daripada pendedahan awal mengenai fungsi ICT dalam membantu kehidupan seharian. Selain itu, pelajar juga diberi pengetahuan umum mengenai penggunaan internet yang betul.
Akhir dari kelas bahagian 2 ini, kesemua pelajar yang hadir menguasai teknik dan pengetahuan yang baru mengenai MS Words dan kebanyakkan mereka sudah dapat mempelajari ilmu dari pengajar dan faham akan fungsi MS words ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: